Cari @ Amanz

Bagi para pengguna yang menantikan telefon pintar Windows Phone pertama di Malaysia, iaitu HTC HD7, ianya kini disahkan yang mana Maxis akan melancarkannya esok, dan seterusnya para pengguna boleh mula mendapatkannya bermula daripada hari Jumaat ini. Harga HTC HD7 tanpa sebarang pakej berharga lebih kurang RM2399.


HTC HD7 daripada Maxis [via]

Para pengguna pakej Maxis juga boleh mendapatkannya pada harga yang jauh lebih murah dengan pakej Maxis yang didatangkan bersama komitmen bulanan serendah RM68 untuk penggunaan 1.5GB data ataupun RM78 sebulan untuk penggunaan 3GB data internet. Dengan komitmen bulanan tersebut, para pengguna boleh mendapatkan perantian HTC HD7 pada harga RM1699 untuk komitmen selama 12bulan ataupun RM1399 untuk komitmen selama 2 tahun.

Pada masa yang sama juga, 30 pelanggan pertama akan mendapat headset Bluetooth daripada Jawbone bernilai lebih RM428. Lokasi untuk mendapatkannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan dijangka akan diumumkan melalui suatu acara ringkas esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd