Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, RIM telah pun memperkenalkan tablet mereka sebelum ini, iaitu BlackBerry Playbook, dan ianya dijangka akan mula dijual pada suku pertama tahun hadapan pada harga yang agak murah berbanding dengan yang lain. Selain daripada harga, kini melalui sebuah video khas, RIM juga memperlihatkan yang mana tablet mereka lebih mesra web berbanding dengan iPad daripada Apple.

Walaupun Playbook menggunakan cip pemprosessan terkini, ianya turut memperlihatkan sokongan untuk Flash, dan HTML5 yang lebih bagus lagi daripada Apple iPad. Namun begitu, seperti sedia maklum, Apple turut sedang membangunkan iPad generasi baru, dan dijangka turut sama akan diperkenalkan pada suku tahun pertama tahun hadapan.

Selain daripada video ini, CEO RIM turut memperkatakan yang mana perantian mudah-alih tidak memerlukan aplikasi yang banyak seperti mana yang dilakukan oleh Apple, sebaliknya mereka perlu menumpukan lebih perhatian kepada pelayar web mudah-alih mereka. Perkara sama juga turut dikongsikan oleh Google dimana mereka sendiri sedang membangunkan Chrome App Store, dimana melaluinya mereka memfokuskan kepada pembangunan aplikasi berasaskan web yang boleh digunakan melalui pelayar web.

BlackBerry PlayBook dijangka akan dijual pada harga lebih kurang RM1500 di luar negara. Namun begitu, harganya di Malaysia masih lagi tidak diketahui, dan dijangka akan pada kadar harga yang lebih kurang serupa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd