Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang amat dinantikan oleh para pengguna adalah harga pakej bagi pelancaran Yes 4G yang bakal diumumkan pada hari Jumaat ini. Walaubagaimanapun, menariknya, kini melalui suatu tweet, ianya memperlihatkan yang mana Yes seperti diperkatakan akan mengenakan caj berdasarkan penggunaan, bermula daripada 9 sen untuk 3mb penggunaan data, ataupun panggilan seminit atau untuk satu SMS.

Jikalau dilihat dengan kiraan kasar, satu GB penggunaan data pada Yes kelak akan berharga RM30. Walaupun ianya boleh dianggap murah untuk pengguna yang menggunakannya pada perantian mudah-alih mereka, namun begitu, harganya masih lagi dianggap mahal sekiranya ianya ingin digunakan oleh para pengguna di rumah mahupun pejabat mereka.

Buat masa ini, pesaing terdekat Yes, P1 WiMAX menawarkan pakej dengan bayaran bulanan dimana pada harga serendah RM49, para pengguna boleh menikmati penggunaan data sehingga 5GB. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak disahkan secara rasminya oleh pihak Yes buat masa ini, dan ianya mungkin akan berubah memandangkan adanya masih sehari lebih lagi sebelum pelancaran tersebut dilakukan.


Gambar Bunting Yang Tersebar Di Twitter [via]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd