Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk menjadi salah satu hab sosial terkemuka, kini Yahoo! memperkenalkan Yahoo! Messenger Beta yang baru, dimana melaluinya, ianya membawakan pelbagai integrasi termasuk kemaskini daripada Yahoo! Pulse, Flickr, Facebook dan juga Twitter terus daripada klien Yahoo! Messenger 11 Beta yang baru ini.

Selain daripada integrasi tersebut, Yahoo! Messenger 11 Beta juga turut membolehkan para pengguna bermain permainan sosial daripada Zynga, dan beberapa penyedia permainan lain dengan mudah. Pada masa yang sama, anda juga boleh melihat dan meninggalkan komen, serta “Like” kemaskini status rakan mereka daripada Facebook dan Twitter. Anda juga boleh bersembang dengan rakan-rakan Facebook anda dengan pengintegrasian Facebook Chat yang dibawakan oleh Yahoo! Messenger 11 Beta.

Para pengguna boleh memuat-turun Yahoo! Messenger 11 Beta untuk Windows yang baru dan mula menggunakan pelbagai fungsi baru yang dibawakan olehnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd