Cari @ Amanz

Seperti setiap bulan sebelum ini, Malaysian Digital Association telah pun mengeluarkan laporan mengenai 30 laman web paling popular di Malaysia sehingga bulan November yang lepas, yang mana dilayari oleh lebih 17 juta pengguna internet di Malaysia.

Jikalau dilihat daripada segi laman web antarabangsa yang dilayari, seperti sedia maklum, ianya masih lagi dipegang oleh Facebook, dan diikuti oleh Google di tempat kedua. Selain daripada itu, MDA turut sama mengeluarkan laporan mengenai 30 laman web tempatan yang popular, iaitu:

  1. Mudah.my
  2. Lowyat.net
  3. TheStar.com.my
  4. MyLaunchPad.com.my
  5. MalaysiaKini.com
  6. HMetro.com.my
  7. Utusan.com.my
  8. BHarian.com.my
  9. Cari.com.my
  10. Kosmo.com.my
  11. Maybank2u.com.my
  12. Lelong.com.my
  13. Fooyoh.com
  14. TheMalaysianInsider.com
  15. PaulTan.org
  16. Sinchew.com.my
  17. Sinchew–i.com
  18. MStar.com.my
  19. Murai.com.my
  20. NST.com.my
  21. CIMBClicks.com.my
  22. Biz.TheStar.com.my
  23. BeautifulNara.com
  24. MalaysiaAirlines.com
  25. iProperty.com.my
  26. RHB.com.my
  27. ILuvIslam.com
  28. JobStreet.com.my
  29. Astro.com.my
  30. Kwongwah.com.my

Seperti yang dapat dilihat, trend laman popular di Malaysia, lebih kepada laman-laman berunsurkan berita, komuniti dan juga laman-laman jualan yang mana berkait rapat dengan perbankan internet. Daripada bilangan 30 laman web paling popular sepanjang November 2010 itu, kita dapat lihat, antaranya adalah PaulTan.org dan BeautifulNara.com yang mana dimulakan sebagai blog, dan kini merupakan antara laman web paling popular di Malaysia. Mungkin sepanjang tahun hadapan, banyak lagi perubahan akan berlaku dalam laman-laman popular di Malaysia ini, dan tidak mustahil ianya mula dipegang oleh beberapa laman web berunsurkan blog.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd