Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, generasi Android berikutnya, Android Honeycomb kelak dijangka akan membawakan suatu perubahan yang besar, dari segi antaramuka dan fungsinya. Menariknya, kini ianya tersebar di internet yang memperlihatkan pemain muzik baru untuk Android, yang membawakan antaramuka yang serba baru dan lebih menarik lagi.

Seperti sedia maklum, sebelum ini ianya giat diperkatakan mengenai Google Music, namun ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah ianya akan dilancarkan secara rasminya. Berkemungkinan besar, Google Music akan dilancarkan bersama-sama ataupun sebelum pelancaran Android Honeycomb ini, memandangkan beberapa orang yang mengatakan yang mana aplikasi muzik baru ini turut didatangkan dengan fungsi untuk dengar (stream) lagu atau muzik secara terus dalam talian.

Sebelum ini, salah seorang pembangun Android telah memperlihatkan versi pembangunan Android Honeycomb pada tablet, selain pada masa yang sama, ianya diura-urakan yang mana Android Honeycomb akan dilepaskan kepada umum pada bulan Mac 2011 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd