Cari @ Amanz

Android Gingerbread baru sahaja dilepaskan semalam, dan seperti sedia maklum, Google telah pun lama memulakan pembangunan Android Honeycomb yang mana akan dilepaskan pada tahun hadapan. Menariknya, Andy Robin daripada Google telah pun memperlihatkan Android Honeycomb pada tablet Android.


Andy Robin Memperlihatkan Tablet Motorola [via]

Melalui demo yang diperlihatkan oleh Andy Robin, melalui tablet Motorola yang mengguna-pakai Android Honeycomb, kita dapat lihat perubahan ketara pada antaramuka Android, dimana ianya lebih disesuaikan kepada tablet, selain turut mesra telefon pintar.

Spesifikasi dan pelbagai perkara lain berkaitan tablet tersebut mahupun Android Honeycomb masih kekal tidak diketahui lagi. Namun, perkara yang mana Android Honeycomb akan membawakan antaramuka dan rekabentuk baru mungkin akan amat mengembirakan para pengguna Android seluruh dunia.


GMail Pada Tablet Yang Kini Lebih Menarik [via]


Kunci Skrin Pada Honeycomb [via]


Antaramuka Honeycomb [via]


Menu Pada Honeycomb [via]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd