Cari @ Amanz

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, FourSquare kini mula memperkenalkan sokongan memuat-naik gambar, dan juga fungsi komen keatas daftar masuk rakan-rakan dengan mudah, sekaligus menjadikan laman dan perkhidmatan mereka lebih menarik dan sosial berbanding sebelumnya.


Gambar Dari Instagram Di Perlihatkan Pada Daftar Masuk FourSquare

Dengan sokongan gambar, kini para pengguna akan diperlihatkan dengan mesej untuk menambah gambar, sama seperti yang anda diperlihatkan dengan kotak “Shout” setiap kali anda daftar masuk ke sesuatu lokasi. Untuk para pengguna sedia ada Foodspotting, Instagram dan Picplz, anda juga boleh berkongsi gambar bersama-sama Foursquare dan bukan sekadar hanya daftar masuk lokasi sahaja seperti sebelum ini.

Selain daripada itu, menariknya, anda kini boleh meninggalkan komen ke atas setiap daftar masuk rakan-rakan anda, atau diri sendiri dengan mudah, sekaligus menjadikan interaksi antara para pengguna FourSquare lebih menarik, dan anda dapat kenali satu sama lain dengan lebih mudah lagi.


Fungsi Komen Pada FourSquare

Pada masa yang sama, aplikasi FourSquare untuk iPhone telah mula menyokong fungsi ini, dan para pengguna Android boleh menantikannya yang mana dijangka akan dilepaskan pada minggu ini, manakala pengguna BlackBerry terpaksa tunggu sehingga Januari 2011 nanti.


Aplikasi FourSquare Untuk iPhone Yang Terkini

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd