Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang menantikan pelancaran WordPress 3.1 yang mana sebelum ini dijadualkan untuk dilancarkan pada penghujung tahun ini. Namun begitu, mungkin ianya akan ditunda untuk sedikit minggu lagi memandangkan pembangunannya masih lagi tidak mencapai fasa akhir lagi.

Seperti sedia maklum, WordPress 3.1 masih lagi belum mencapai fasa RC (Relase Candidate), memperlihatkan yang mana versi akhir dan stabilnya mungkin akan mengambil sedikit masa lagi, apatah lagi ianya kini merupakan musim perayaan dikalangan majoriti pembangun WordPress.

Versi pembangunan terakhir WordPress 3.1 adalah versi beta, yang mana boleh diuji oleh semua pengguna seluruh dunia, dan memberikan maklumbalas masing-masing melalui WordPress Trac. WordPress 3.1 kelak dijangka akan membawakan pelbagai fungsi baru yang menarik, termasuk fungsi pautan dalaman (internal linking) dengan mudah, dan banyak lagi. Ianya mungkin akan dilancarkan kepada umum pada bulan Januari 2011 kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd