Facebook Memperkenalkan Antaramuka Baru

Facebook Memperkenalkan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Jan 1, 2010 oleh .

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Facebook mula memperkenalkan rekabentuk baru untuk halaman Facebook secara berperingkat untuk para pengguna. Beberapa orang pengguna sudah pun dapat melihat rekabentuk baru mereka sejak awal pagi hari ini.


Antaramuka Facebook Yang Baru

Sebelum ini, rekabentuk baru ini dijangka akan diperkenalkan sebelum hari Natal, namun ianya kini diperkenalkan oleh pihak Facebook sempena dengan tahun baru, tahun 2010. Rekabentuk baru Facebook ini memberikan fokus penting pada carian, dimana kotak carian diletakkan di tempat utama, meminta para pengguna untuk lebih menggunakan fungsi carian pada halaman mereka.


Antaramuka Ketika Permainan Di Mainkan Kekal Seperti Dulu

Kini, data-data carian masa-nyata dikuasai sepenuhnya oleh Twitter, dan ini mungkin berubah tidak lama lagi dengan Facebook yang kini memberikan perhatian serius pada fungsi carian di halaman mereka. Antaramuka yang serba baru juga memperkenalkan rekabentuk laman yang lebih ringan berbanding baru, dengan fungsi sembang yang masih diperlihatkan dibahagian bawah, manakala ruangan notifikasi telah dialihkan ke bahagian atas halaman Facebook.


Antaramuka Halaman Profail

Buat masa ini, bukan semua pengguna dapat melihat rekabentuk baru ini memandangkan Facebook sedang memperkenalkannya secara berperingkat. Mungkin dalam masa kurang seminggu, semua pengguna sudah boleh mencuba antaramuka serba baru ini.


TIPS & ULASAN