Selangor Akan Memperkenalkan i-City

Selangor Akan Memperkenalkan i-City

Diterbitkan pada Jan 4, 2010 oleh .

Mungkin semua sudah sedia maklum berkenaan Silicon Valley di Amerika yang bergelar kota IT. Kini, kerajaan Selangor merancang mengadakan sebuah i-City seumpamanya pada tahun ini di Shah Alam yang bakal menyediakan prasarana dan membangunkan bakat baru melaluinya.

Melalui i-City itu kelak, ianya bakal mengguna-pakai dan mempunyai prasarana yang berteknologi serba maju, selain menumpukan kepada beberapa perkara utama sama seperti di Silicon Valley, iaitu seperti membangunkan bakat keusahawanan, modal teroka bersama rakan kongsi, memberikan sokongan dan sebagainya.

Sebelum ini, Selangor telah pun memperkenalkan HyWin yang mana dikatakan akan memulakan operasi mereka bermula daripada bulan Januari ini di Shah Alam dan akan diperluaskan kepada kawasan lain secara berperingkat.


TIPS & ULASAN