Google Menggunakan JavaScript Untuk Animasi Pada Doodle

Google Menggunakan JavaScript Untuk Animasi Pada Doodle

Diterbitkan pada Jan 4, 2010 oleh .

Mungkin ramai yang sudah perasan akan logo Google istimewa hari ini yang mana bersempena dengan hari lahir Sir Isacc Newton yang mana berkait secara langsung dengan graviti. Menariknya, animasi yang memperlihatkan epal gugur itu tidak menggunakan Flash ataupun GIF.


Buah Epal Dianimasikan Sebagai Jatuh Pada Lambang Google

Logo khas untuk doodle hari ini hanya menggunakan JavaScript sahaja semata-mata dan tidak menggunakan sebarang aplikasi lain seperti Flash, mahupun imej yang dianimasikan, iaitu GIF. Ianya sesuatu yang menarik untuk dilihat, memandangkan Google jarang membuat sebarang animasi pada logo mereka.


TIPS & ULASAN