Mac OS X 10.7 Di Panggil Clouded Leopard?

Mac OS X 10.7 Di Panggil Clouded Leopard?

Diterbitkan pada Jan 4, 2010 oleh .

Berita berkaitan dengan tablet Apple sememangnya menarik perhatian ramai sejak penghujung tahun lepas, daripada tekaan nama sebagai iSlate, sehinggalah beberapa spesifikasi mengenainya. Kini, dikatakan yang mana tablet Apple kelak akan menggunakan Mac OS X 10.7.


Dokumen Yang Di Dapati Oleh Pihak PhoneArena [via]

Ini sekaligus memberikan tips pertama kepada pembangunan Mac OS X 10.7 yang mana berkemungkinan akan dikenali sebagai Clouded Leopard. Masih tiada info mengenai aplikasi baru yang bakal disertakan melainkan aplikasi asas pada Mac OS X, seperti iTunes, Time Machine, Quick Look, Spaces, Spotlight, Dashboard, Mail, iChat, Safari, Address Book, QuickTime, iCal, Photo Booth dan juga Front Row.

Clouded Leopard agak menarik didengar, dan berkemungkinan besar, akan mengintegrasikan fungsi perkomputeran awam (cloud-computing), dan sememangnya cloud-computing kini sedang diberi perhatian yang amat luas oleh para pembangun. Namun begitu, ianya bercanggah dengan tips-tips awal, yang mengatakan bahawa Apple bakal menggunakan sistem operasi hibrid antara Mac OS dan juga iPhone OS untuk tablet mereka kelak.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Apple buat masa ini. Buat masa ini, sudah pun diketahui yang mana pembangunan Mac OS X 10.7 sudah pun dimulakan, namun penamaannya masih belum diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN