myMetro Memperkenalkan Antaramuka Baru

myMetro Memperkenalkan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Jan 4, 2010 oleh .

Setelah lama beroperasi, kini laman utama Harian Metro, myMetro memperkenalkan antaramuka dan wajah yang serba baru, dengan pengintegrasian fungsi Facebook Connect pada laman mereka.


Antaramuka Baru myMetro

Kini, kebanyakkan laman web sudah pun mula mengintegrasikan fungsi Facebook Connect, tetapi masih tidak diketahui fungsi apakah yang bakal diintegrasikan bersama dengan Facebook Connect pada halaman myMetro memandangkan tiada fungsi komen dan sebagainya.

Tetapi ianya suatu perkara yang menarik untuk melihat laman terkemuka seperti myMetro mula mengintegrasikan fungsi sosial pada halaman mereka. Kini, pada setiap penghujung artikel, fungsi berkongsi dengan rakan lain diperlihatkan dengan lebih menarik. Pada masa yang sama, akaun Twitter @myMetro juga sedang diuji, dan mungkin akan menggunakan fungsi RSS seperti The Star dan sebagainya.

Tips oleh RotiKaya. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus atau di FB.


TIPS & ULASAN