Setelah lebih daripada sejuta muat-turun untuk WordPress 2.9, kini pihak Automattic telah pun melepaskan WordPress 2.9.1 yang menyelesaikan beberapa isu kecil yang telah dikenal pasti pada WordPress 2.9, yang mana lebih berkait kepada fungsi pingback yang tidak berfungsi dengan baik.
Pada masa yang sama, WordPress 2.9.1 juga menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ketidakserasian di beberapa hosting, serta masalah yang berkait dengan penulisan artikel yang ditetapkan tarikh ianya di terbitkan. Kesemua masalah ini, beserta beberapa isu yang lain diselesaikan sepenuhnya pada WordPress 2.9.1.
Para pengguna boleh memuat-turun WordPress 2.9.1 daripada halaman rasmi WordPress ataupun mengemaskini pemasangan anda secara automatik daripada panel Dashboard anda. Pada masa yang sama, kini WordPress sudah pun memulakan pembangunan WordPress 3.0 yang mana bakal mengintegrasikan bersama WordPress MU kedalam pemasangan utama WordPress.