Nexus One Membawakan Android 2.1

Nexus One Membawakan Android 2.1

Diterbitkan pada Jan 6, 2010 oleh .

Setelah pelbagai ura-ura mengenai Nexus One, hari ini, Google secara rasminya telah pun memperkenalkan kepada umum telefon pintar mereka itu kepada umum, selain membolehkan para pengguna membelinya secara terus melalui Google Phone tanpa perlu melalui pihak ketiga seperti telefon pintar yang lain.


Halaman Rasmi Google Phone

Nexus One yang mana turut dipanggil sebagai Google Phone merupakan telefon pintar yang dibangunkan bersama oleh Google dan juga HTC, dan menggunakan Android sebagai sistem operasinya. Nexus One menggunakan prosesor QualComm Snapdragon 1GHz, dengan skrin 3.7-inch dengan resolusi 480×800, serta didatangkan dengan kamera 5-megapixel, serta membolehkan anda merakam video dan memuat-naiknya pada YouTube dengan mudah sekali. Nexus One juga menyokong sambungan UMTS dan WiFi, dan menariknya, ia turut didatangkan bersama Flash 10.1.


Spesifikasi Nexus One

Buat masa ini, belum lagi dibuka untuk jualan di Malaysia, tetapi hanya untuk 4 negara sahaja, iaitu US, UK, Singapura, dan juga Hong Kong. Mungkin dalam masa terdekat, kita dapat melihat Nexus One akan mula dijual di Malaysia. Nexus One kini dijual pada harga cuma $529 tanpa sebarang kontrak bersama penyedia talian.


TIPS & ULASAN