Setelah dinanti lama, kini pelayar web terkini daripada Mozilla, Firefox 3.6 sudah pun mencapai fasa RC1. menandakan yang mana versi akhirnya bakal dilepaskan dalam masa terdekat ini. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba Firefox 3.6 RC1 ini di platform Windows, Mac mahupun Linux.
Sebelum ini, Mozilla menjangkakan yang mana Firefox 3.6 akan dilepaskan pada penghujung tahun 2009, namun disebabkan beberapa perkara, ianya terpaksa ditangguhkan, dan kini, ianya dijangkakan yang mana Mozilla bakal melepaskan sehingga 3 versi Mozilla Firefox pada tahun ini, dimana Firefox 4.0 dinantikan oleh ramai pengguna seluruh dunia, yang bakal membawakan antaramuka yang serba baru, beserta dengan beberapa fungsi-fungsi yang serba baru.