Innity Kelihatan Di Laman Advertlets

Innity Kelihatan Di Laman Advertlets

Diterbitkan pada Jan 7, 2010 oleh .

Mungkin umum sudah mengetahui akan yang mana salah satu media pengiklanan yang kian meningkat naik namanya pada masa kini merupakan Innity, selain daripada Nuffnang dan juga Advertlets yang telah pun sedia lama beroperasi. Menariknya, kini kelihatan seperti Advertlets mula menggunakan Innity pada halaman web mereka.


Iklan Innity Di Advertlets

Ianya tidak diketahui samaada ianya merupakan kerjasama ataupun diintegrasikan bersama kedalam sistem Advertlets seperti yang pernah dilakukan oleh Nuffnang sebelum ini, yang mana mengintegrasikan iklan DoubleKlik ke dalam Nuffnang. Tetapi, berbeza dengan apa yang pernah dilakukan oleh Nuffnang, iklan Innity ini hanya dilihat muncul pada halaman rasmi Advertlets sahaja buat masa ini.

Kemaskini : Komen Rasmi Dari Pihak Advertlets:

sekarang Advertlets menggunakan ads dari Innity di halaman Advertlets. Selain itu, kami juga menggunakan inventory Innity sebagai “remnant” di seluruh network Advertlets.

Sepertimana yang dikatakan oleh Rotikaya, kami berkerjasama dengan Admax & Innity untuk memastikan ada lebih iklan, dan memastikan “ad fill” / isian periklanan berbayar yang lebih penuh. Jika saudara nampak, hari-hari ini tak ada banyak “default ads” dari Advertlets. Kami akan terus berusaha untuk memajukan dunia periklanan blog!


TIPS & ULASAN