Carian
Windows 7 dan Bing Terus Maju
January 7, 2010 Aman

Tahun 2009 merupakan antara tahun yang bermakna untuk Microsoft dimana mereka telah memperkenalkan pelbagai produk baru mereka kepada umum. Antara produk baru yang diperkenalkan, termasuklah Windows 7 dan juga enjin carian Bing yang mana kedua-duanya kian mendapat tempat dan perhatian dari para pengguna.

Windows 7 merupakan salah satu sistem operasi yang telah membuatkan Microsoft mendapat perhatian ramai kembali. Menurut Microsoft, Windows 7 merupakan sistem operasi yang paling pantas jualannya dalam sejarah, dimana jualan PC yang didatangkan bersama Windows 7 meningkat sehingga 50 peratus pada minggu Windows 7 dilancarkan.

Pada masa yang sama, kini, Windows 7 bakal diintegrasikan dan disertakan bersama tablet daripada HP, selain beberapa gajet lain, seperti Sony Vaio L yang didatangkan dengan skrin sentuh sebesar 24-inch, dan juga Lenovo A300 yang mana merupakan antara PC yang ternipis dengan skrin HD seluas 21.5-inch.

Pada masa yang sama, Bing juga semakin meningkat penggunaannya buat masa kini. Sejak ianya diperkenalkan pada bulan Jun lalu, kini Bing sudah meningkatkan penggunannya seramai 11 juta pengguna baru, selain sekaligus meningkatkan pegangan pasaran enjin carian mereka. Steve Balmer, CEO Microsoft juga turut mengumumkan kerjasama bersama HP, dimana mulai kini, Bing akan menjadi enjin carian utama untuk komputer HP di 42 negara.

Untuk tahun ini pula, Microsoft sedang giat membangunkan Office 2010, serta dikatakan akan muncul dengan beberapa PC Tablet, termasuk Courier yang dinantikan para pengguna.

Komen