Halaman Rasmi Mahkamah Di CuciOtak

Halaman Rasmi Mahkamah Di CuciOtak

Diterbitkan pada Jan 7, 2010 oleh .

Selepas kecoh mengenai penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, kini ianya berlarutan ke dunia siber, apabila kini, halaman rasmi Mahkamah (http://www.mahkamah.gov.my) di godam oleh salah seorang pihak dan memaparkan mesej yang berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah.

Sebelum ini, pada 4 Januari yang lepas, laman rasmi HeraldMalaysia turut menerima nasib yang sama disebabkan oleh keputusan Mahkamah yang membolehkan penggunaan nama Allah dalam akhbar Herald versi bahasa Melayu. Namun, ianya menimbulkan ketidakpuasan pelbagai pihak, dan terkini, halaman rasmi Mahkamah menerima nasib yang sama kerana mengeluarkan keputusan mahkamah sedemikian.

Aktiviti ini dilakukan oleh BrainWash, yang mana nama lain mereka CuciOtak (atau sesiapa yang menyamar seperti mereka), dimana sebelum ini, mereka pernah turut mengantikan halaman utama laman terkemuka lain seperti laman MenaraKL dan juga laman rasmi UiTM.


TIPS & ULASAN