ImageShack Memperkenalkan Rekabentuk Baru

ImageShack Memperkenalkan Rekabentuk Baru

Diterbitkan pada Jan 8, 2010 oleh .

Siapa yang tidak mengenali perkhidmatan hos imej percuma, ImageShack. Terkini, mereka memperkenalkan antaramuka yang serba baru dan lebih menarik berbanding sebelumnya, selain memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru pada halaman web mereka.


Antaramuka Baru ImageShack

Melalui antaramuka dan rekabentuk serba baru ini, bahagian untuk memuat-naik media telah diubah daripada bahagian kanan ke bahagian kiri. Selain daripada itu, halaman utama ImageShack juga kini mengetengahkan aplikasi untuk iPhone dan juga Toolbar untuk pelayar web, selain mengetengahkan lagi fungsi untuk mendaftarkan diri pada halaman tersebut.

Pada masa yang sama, kini ImageShack memperkenalkan fungsi untuk memuat-naik imej dan gambar secara terus daripada WebCam dengan mudah. Fungsi carian juga diperkenalkan pada laman web tersebut, selain membolehkan para pengguna melabelkan imej dan gambar yang dimuat-naik oleh mereka.

ImageShack juga merupakan pemilih YFrog iaitu salah satu servis dimana URL imej anda yang dimuat-naik akan dipendekkan secara automatik untuk dikongsikan bersama di laman sosial seperti Twitter.

Tips oleh Roslan. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN