Cari @ Amanz

Umum sedia ketahui yang mana kini, Facebook merupakan laman sosial terpopular di Malaysia, menjadikan laman Yahoo! berada di tempat kedua. Facebook yang dahulunya mencatatkan lebih 3 juta pengguna hanya di Malaysia, kini meningkat lebih 10% menjadikan penduduk Malaysia yang menggunakan Facebook kini melangakui angka 4 juta.


Statistik Pengguna Facebook [via]

Menariknya, sebelum ini pernah dikatakan yang mana peratus penembusan jalur lebar di Malaysia adalah sebanyak 31.4% menjadikan jumlah pengguna dengan internet yang memuaskan pada bilangan lebih kurang 10 juta pengguna daripada 29 juta penduduk Malaysia. Dan pengguna Facebook dari Malaysia yang kini dikatakan seramai 4,236,960 pengguna, sekaligus menjadikan hampir 50% daripada jumlah pengguna aktif internet di Malaysia.

Angka ini dijangka akan meningkat, dengan beberapa promosi kerajaan yang memperlihatkan Facebook di kaca televisyen, disamping pihak polis yang turut menggunakan Facebook pada masa kini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd