Carian
Cegah Drive Dari Di Ceroboh
January 9, 2010 Aizan Fahri

Katakanlah bahawa anda mempunyai cyber café yang dilengkapi dengan 1 Tb permainan yang hebat. Anda tidak mahu ada permainan yang anda salin oleh beberapa pengunjung yang nakal atau anda takut bahawa seseorang akan mengubah permainan tersebut tanpa izin anda. Mengapa anda tidak menghalang drive tersebut sehingga tak seorang pun dapat memasuki drive tersebut, kecuali anda dan seseorang yang tahu tentang kemahiran ini.

Mari kita mulakan. Aktifkan Run dengan menekan logo Windows + R pada keyboard anda dan taip gpedit.msc dan klik Ok. Navigasi melalui entri berikut:

User Configuration>> Administrative Templates>> Windows Component>> Windows Explorer

Cari entri seperti ini: Prevent Access Drive from My Computer.

Klik dua kali padanya. Pilih drive yang anda inginkan untuk mencegah daripada diakses oleh orang lain. Klik pada Apply.

restrict to drive gpedit_2

Anda tidak perlu restart PC anda kerana sebarang perubahan ketetapan ini berlaku sebaik sahaja konfigurasi tersebut diubah. Seseorang yang ingin mengakses masuk ke drive yang telah disekat tersebut akan mendapat satu mesej amaran.

Untuk menyah-aktifkan sekatan, hanya kembalikan konfigurasi tersebut kepada “Not Configured”. Saya sarankan anda untuk menggunakan kemahiran ini jika anda menyimpan banyak maklumat rahsia. Ingat! cara ini tidak memberi kesan kepada penceroboh yang mahir atau seseorang yang tahu cara ini.

Ditulis oleh Frantz. Forum Amanz akan di buka tidak lama lagi.

Komen