Maxis Sediakan Pakej Untuk Bandwith Tambahan

Maxis Sediakan Pakej Untuk Bandwith Tambahan

Diterbitkan pada Jan 9, 2010 oleh .

Tahun ini kita akan dapat melihat persaingan sengit antara penyedia jalur lebar dalam negara. Namun, masalah utama yang dihadapi oleh para pengguna adalah kehabisan penggunaan bandwith bulanan mereka sebelum tiba hujung bulan. Menariknya, untuk mengatasinya, kini Maxis menawarkan bandwith tambahan pada satu kadar bayaran tambahan.


Pakej Tambahan Yang Di Tawarkan Maxis [via]

Buat masa ini, bandwith tambahan sebanyak 500Mb ditawarkan pada harga tambahan sebanyak RM18 sebulan, manakala tambahan 1Gb pada harga RM28 sebulan. Amat menyedihkan sekali, sekiranya anda melayari laman web, dan melebihi bandwith yang dibenarkan, anda akan dikenakan sekatan, dan akan dibawa ke halaman Maxis meminta anda untuk menambah bandwith.

Adakah pakej tambahan bandwith kelak akan menjadi trend penyedia jalur lebar?


TIPS & ULASAN