Sebuah perkara yang sering menjadi tanda tanya sejak pengumuman kerjasama enjin carian Yahoo – Microsoft adalah apakah nasib kepada beberapa aplikasi Yahoo! yang berkaitan dengan enjin carian, terutama sekali Yahoo! BOSS. Kini, Yahoo! mengatakan yang mana platform tersebut akan terus boleh digunakan seperti biasa.
Adakah Bing Akan Berjaya Menjadi Enjin Carian Yahoo?
Namun begitu, ianya masih tidak diketahui bagaimana, kerana sekiranya kerjasama Yahoo dan Microsoft disahkan, Bing akan menjadi enjin carian rasmi Yahoo! untuk suatu masa yang lama, sekaligus menutup Yahoo! Search. Ianya dikatakan kini, yang mana melalui perjanjian Yahoo dengan Microsoft, Yahoo! boleh mengintegrasikan servis mereka bersama hasil carian yang disediakan oleh Microsoft, sekaligus memberitahu yang mana Yahoo! BOSS akan teruskan hidupnya.
Walaubagaimanapun, mungkin berlaku beberapa perubahan, dan beberapa ura-ura mengatakan yang mana Yahoo! mungkin akan mula kenakan caj untuk menggunakan API Yahoo! BOSS mereka. Yahoo! dilihat kian kehilangan kepopularitinya, dan pada tahun lepas sahaja, mereka telah menutup beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka, termasuk GeoCities. Kini, para pengguna yang melayari laman Yahoo!, kebanyakkannya adalah untuk menyemak emel mereka, selain melayari laman Flickr milik Yahoo!. Adakah masa depan Yahoo! kian malap?