Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan antaramuka baru beserta dengan fungsi Facebook Connect, kini, kelihatan laman myMetro mula memperkenalkan beberapa fungsi baru, termasuk halaman profail peribadi, bersama-sama dengan kebolehan untuk meninggalkan komen pada setiap artikel mereka.


Halaman Profail Pada myMetro

Melalui halaman profail, ianya memperlihatkan aktiviti rakan-rakan Facebook kita di laman myMetro, seperti artikel yang dibaca oleh mereka, dan juga komen yang ditinggalkan oleh mereka. Dengan ini, kita dapat mengikuti rakan-rakan kita dengan lebih dekat lagi dengan mudah.

Selain daripada itu, fungsi komen juga kini diperkenalkan pada halaman myMetro, membolehkan para pengguna dan pembaca meninggalkan komen pada artikel yang dibaca oleh mereka dengan mudah, dan sekaligus membolehkan para pengguna bertukar-tukar pendapat berkenaan dengan sesuatu topik itu dengan lebih mudah. Mungkin pelbagai perkara baru lagi akan diperkenalkan pada halaman myMetro dari masa ke semasa.


myMetro Membolehkan Para Pengguna Meninggalkan Komen Kini

Nampaknya, kini media alternatif seperti di internet ini kini diberikan perhatian serius oleh pihak media massa, dimana kini jualan akhbar harian juga kelihatan semakin merudum apabila ramai anak muda mula beralih kepada informasi daripada internet.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd