Laman AJL24 Mengintegrasikan Twitter dan Facebook

Laman AJL24 Mengintegrasikan Twitter dan Facebook

Diterbitkan pada Jan 10, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini, TV3 hanya memperlihatkan siaran langsung acara terkemuka mereka, kini, mereka turut mengintegrasikan fungsi Twitter dan Facebook untuk membolehkan para pengguna dan penonton bersembang dan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dengan mudah.


Fungsi Twitter dan Facebook Di Integrasikan di Laman TV3

Untuk fungsi Facebook, mereka mengintegrasikan fungsi yang sedia terdapat pada Facebook, sebaliknya untuk Twitter, TV3 menggunakan hashtag #AJL24 untuk menarik setiap tweet yang dihantar peminat. Pada masa yang sama, para peminat seluruh dunia juga boleh mengikuti siaran langsung untuk AJL 24 ini melalui halaman rasmi mereka bermula daripada pukul 7.30 malam.

Kini, kebanyakkan web mula mengintegrasikan fungsi Facebook dan Twitter pada halaman mereka, mengambil kira fungsi laman sosial yang sedang meningkat naik penggunaannya di Malaysia. Buat masa ini, terdapat lebih 4 juta pengguna Facebook yang aktif di Malaysia sahaja, dan sudah tentunya perhatian yang serius diberikan oleh pelbagai pihak untuk menarik minat mereka.


TIPS & ULASAN