Kad Kahwin Versi Digital Melalui WeddingKami

Kad Kahwin Versi Digital Melalui WeddingKami

Diterbitkan pada Jan 10, 2010 oleh .

Kesedaran ICT makin meningkat dikalangan para pengguna, dan peluang ini digunakan sebaiknya oleh WeddingKami untuk memperkenalkan servis kad kahwin versi digital. Walaupun mereka telah sekian lama membangunkan prototaip kad kahwin digital, kini, WeddingKami mula beroperasi secara serius dengan menyediakan servis membangunkan kad kahwin versi digital kepada umum.

Menariknya, melalui laman interaktif yang berbentuk kad kahwin digital ini, pelbagai informasi berkaitan boleh dikongsikan bersama, termasuk aturcara majlis, peta ke lokasi yang diintegrasikan bersama Google Maps, galeri gambar, ucapan pengunjung dan sebagainya. Selain daripada itu, WeddingKami juga menyediakan panel kawalan khas untuk para pelanggan mereka, dimana mereka boleh menguruskan laman digital mereka secara terus daripada panel tersebut.

Buat masa ini, terdapar dua pakej khas, iaitu pakej ekonomi dan juga pakej eksklusif, dimana setiap pakej akan dihoskan di internet sehingga 3 tahun lamanya. Kesemua laman dibangunkan menggunakan Flash yang mana kini terdapat dikebanyakkan komputer disebabkan oleh fenomena YouTube. Selain daripada kad digital, WeddingKami turut menyediakan servis untuk mencetak kad kahwin anda. Menarik bukan?


TIPS & ULASAN