Lebih 18 Ribu Orang Mengikuti Siaran Web AJL 24

Lebih 18 Ribu Orang Mengikuti Siaran Web AJL 24

Diterbitkan pada Jan 11, 2010 oleh .

Walaupun mengalami masalah ketika memulakan siaran langsung acara Anugerah Juara Lagu Ke-24 hari ini, mereka berjaya mencapai lebih daripada 18 ribu orang penonton hanya daripada web sahaja. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana kini, internet turut mempermainkan peranan penting sebagai media pilihan pada hari ini.


Tweet Daripada Pihak TV3 Malaysia

Tv3 pada permulaan siaran melalui web menghadapi masalah namun berjaya menstabilkan dan mengikuti rentak pengguna menjelang penamat acara AJL 24. Penonton yang menonton melalui web juga turut meningkat dari masa ke semasa, daripada 4500 orang pengguna pada permulaan, dan terus meningkat sehingga 6000 orang pada pertengahan, dan mencapai lebih 18 ribu orang menjelang penamat rancangan tersebut, sekaligus dikatakan sebagai acara di Asia Tenggara yang paling ramai ditonton melalui web. Namun begitu, hashtag #AJL24 masih gagal tersenarai di Trending Topics pada Twitter.

Mungkin selepas ini, lebih banyak acara akan dipertontonkan secara langsung di web, dan mungkin pihak penganjur perlu terlebih dahulu bersedia untuk menampung lebihan pengguna, memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia yang kini lebih berminat duduk dihadapan komputer berbanding dihadapan televisyen.


TIPS & ULASAN