NSTP Mengintegrasikan Fungsi Sosial Pada Laman Mereka

NSTP Mengintegrasikan Fungsi Sosial Pada Laman Mereka

Diterbitkan pada Jan 11, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini kami menulis berkenaan dengan pengintegrasian fungsi Facebook Connect pada laman Harian Metro, kini, beberapa laman lain milik NSTP turut mengintegrasikan fungsi sosial pada laman masing-masing. Laman New Straits Times mengintegrasikan fungsi Facebook Connect, manakala laman Business Times mengintegrasikan fungsi Google Friend Connect.

Semua sedia maklum yang mana Facebook merupakan laman paling popular di Malaysia dengan pengguna melebihi 4 juta orang, sekaligus meninggalkan pelbagai laman-laman lain dibelakangnya. Selepas myMetro mengintegrasikan fungsi Facebook Connect pada halaman rasmi mereka, membolehkan para pengguna melihat aktiviti rakan-rakan mereka di laman myMetro, selain meninggalkan komen, kini laman New Straits Times turut mengintegrasikan fungsi tersebut. Namun masih tiada sebarang halaman profail yang dibangunkan lagi buat masa ini.


Halaman Profail Pada Laman Business Times

Manakala menariknya, berbeza sekai, pada laman Business Times, diintegrasikan fungsi Google Friend Connect dan bukannya Facebook Connect seperti di laman milik NSTP yang lain. Melalui Google Friend Connect, ianya membolehkan para pengguna log masuk menggunakan samaada akaun Google, Yahoo!, Twitter ataupun yang lain.

Namun, masih tiada sebarang perubahan yang berlaku pada laman Berita Harian buat masa ini. Mungkin, fungsi sosial turut akan diperkenalkan pada laman Berita Harian tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN