Cari @ Amanz

Firefox 3.6 yang sepatutnya dilepaskan pada penhujung tahun lepas, terpaksa ditangguhkan ke tahun ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, dan baru-baru ini, Firefox RC1 sudah pun dilepaskan oleh pihak Mozilla, dan berkemungkinan besar, versi akhir Firefox 3.6 akan muncul dalam seminggu dua lagi.

Melalui halaman rasmi Firefox 3.6 RC1, Mozilla mengatakan yang mana sekiranya, Firefox 3.6 RC1 itu stabil dan tiada sebarang masalah ketika ujiannya kini, ianya akan dilepaskan sebagai versi akhir kelak. Ini bermakna, sekiranya tiada sebarang permasalahan yang timbul pada Firefox 3.6 RC1, Mozilla akan terus melepaskan Firefox 3.6 tanpa sebarang versi pembangunan seperti RC2, RC3 dan sebagainya lagi.

Sebelum ini, Mozilla telah menjanjikan yang mana Firefox 3.6 bakal dilepaskan sebelum penghujung bulan ini, yang mana bakal membawakan pelbagai perkara baru, termasuk pelayar web yang lebih stabil, sokongan HTML5 yang dipertingkatkan, kemaskini plugins dengan mudah dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd