GDrive – Google Berikan 1Gb Melalui Google Docs

GDrive – Google Berikan 1Gb Melalui Google Docs

Diterbitkan pada Jan 13, 2010 oleh .

Sudah sekian lama kita menunggu berita berkenaan dengan GDrive yang sudah lama tidak kedengaran. Kini, ianya diperkenalkan, tetapi dibawah jenama Google Docs. Kini, anda boleh memuat-naik sebarang fail ke Google Docs sehingga sebesar 250MB. Pada masa yang sama, setiap akan dibenarkan untuk menyimpan storan sehingga 1 GB.

Sebelum ini pun sudah dispekulasikan yang mana Google Docs mungkin adalah GDrive yang diperkatakan umum. Dan kini, ternyata apabila Google membolehkan para pengguna memuat-naik fail sehingga 1GB pada sebarang format. Walaubagaimanapun, storan hingga 1 Gb ini adalah hanya untuk fail-fail yang tidak di ubah ke format Google Docs. Dengan erti kata lain, anda masih boleh menyimpan fail dokumen dalam bentuk Google Docs, disamping menyimpan fail-fail yang berformat lain sehingga 1GB. Para pengguna juga boleh membeli kapasiti storan tambahan pada kadar hanya $0.25 untuk setiap Gb.

Ini juga mungkin sebagai langkah permulaan sebelum Chrome OS dilepaskan secara rasminya, yang mana bakal bergantung sepenuhnya kepada storan dalam talian yang kini dikenali sebagai teknologi cloud-computing. Buat masa ini, selain daripada Google Docs yang hanya menawarkan storan sebesar 1Gb sahaja, beberapa servis lain turut menyediakan ruangan storan seperti Dropbox, dan juga SkyDrive dari Microsoft.


TIPS & ULASAN