Friendster dan Yahoo! Umumkan Kerjasama

Friendster dan Yahoo! Umumkan Kerjasama

Diterbitkan pada Jan 13, 2010 oleh .

Melalui wajah dan pemilik baru, kini Friendster telah membuat kerjasama strategik bersama Yahoo! Asia Tenggara yang mana bakal mengintegrasikan fungsi kedua-dua laman tersebut antara satu sama lain, sekaligus memudahkan para pengguna masing-masing.

Buat masa ini, lebih kurang sebanyak 90% daripada pengunjung laman Friendster datangnya daripada Asia Tenggara, dengan lebih 90 juta pengguna berdaftar di Asia Tenggara, dan pada masa yang sama, Yahoo! merupakan suatu jenama yang besar di kawasan Asia Tenggara, dimana kebanyakkan pengguna Asia Tenggara masih menggunakan enjin carian Yahoo, khidmat emel dan pelbagai khidmat sampingan daripada pihak Yahoo!

Friendster
Laman Utama Friendster

Melalui kerjasama ini, sebuah aplikasi khas daripada Friendster akan diperlihatkan di laman Yahoo! kawasan Asia Tenggara, selain Friendster akan mempromosikan produk Yahoo! pada laman mereka. Pada masa yang sama, carian Yahoo! akan dipertingkatkan dengan kebolehan untuk membuat carian profail Friendster dan halaman pada Friendster dengan lebih efisyen lagi.

Selain daripada itu, pengguna Friendster juga kelak bakal boleh memautkan akaun mereka pada akaun Yahoo! mereka, membolehkan mereka berkongsi aktiviti mereka melalui khidmat Yahoo! yang lain, seperti contoh melalui Yahoo! Messenger dan sebagainya.

Pada bulan Disember yang lalu, Friendster telah diambil alih oleh syarikat tempatan, MOL Global Pte Ltd pada suatu harga yang tidak diumumkan. Namun ramai menjangkakan yang mana harganya adalah kurang daripada $40 juta. Sebelum ini, Celcom turut mengumumkan yang mana mereka kelak akan memperkenalkan fungsi Friendster Via SMS tidak lama lagi.

Via : TechCentral


TIPS & ULASAN