iPhone 4G Akan Muncul Pertengahan Tahun Ini

iPhone 4G Akan Muncul Pertengahan Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 14, 2010 oleh .

Tahun ini, dua produk besar diura-urakan akan dikeluarkan oleh Apple. Yang pertama, sudah tentunya berkaitan dengan Tablet Apple yang dinamakan sebagai iSlate, dan satu lagi adalah iPhone 4G atau turut dikenali sebagai iPhone 4.0. Salah satu laman dari Perancis, kini mengura-urakan yang mana versi ke-empat iPhone bakal diperkenalkan pada bulan Mei ini.

Ianya dikaitkan sebagai salah satu cara oleh Apple untuk menarik balik penggunanya daripada beralih kepada Nexus One yang diperkenalkan oleh Google tidak lama sebelum ini. Dan laman Perancis ini mengatakan yang mana versi terkini iPhone bakal dilepaskan pada bulan Mei 2010 kelak.

Pada masa yang sama, Bloomberg pula melaporkan yang mana berkemungkinan besar, versi terbaru iPhone daripada Apple akan diperkenalkan seawal bulan Jun kelak, membawakan fungsi kamera yang lebih baik dan menarik – 5 megapixel, selain membawakan fungsi sentuhan pada casing iPhone seperti mana pada Magic Mouse.


TIPS & ULASAN