GreenPacket Ingin Menjadi Penyedia Modem 4G Utama

GreenPacket Ingin Menjadi Penyedia Modem 4G Utama

Diterbitkan pada Jan 14, 2010 oleh .

Mungkin kini ramai yang sudah kenali Green Packet, yang mana Packet One Networks, ataupun lebih dikenali sebagai P1 WiMax merupakan salah satu syarikat dibawah mereka. Kini, Green Packet mensasarkan untuk menjadi pembekal modem WiMax yang paling utama di dunia.

Buat masa ini, Green Packet merupakan pembekal modem WiMax yang ke-tiga terbesar didunia, dengan penguasaan pasaran sebanyak 14 peratus pada tahun 2009. Untuk tahun ini, Green Packet mensasarkan untuk menguasai lebih 30% pasaran dunia. Kini, melalui kempen terbaru mereka, Green Packet mensasarkan untuk meningkatkan keluaran mereka, serta menggandakan jualan mereka di Ameria Syarikat, Amerika Tengah, Amerika Latin dan juga di benua Eropah.

Green Packet sebelum ini telah membangunkan pelbagai jenis modem, termasuk modem dalam rumah, modem luar rumah, dan modem khas dalam bentuk USB untuk P1 WiMax, serta diura-urakan dengan peranti penjana hotspot yang bakal diperkenalkan.


TIPS & ULASAN