Celcom Membawakan Blackberry Bold 9700

Celcom Membawakan Blackberry Bold 9700

Diterbitkan pada Jan 14, 2010 oleh .

Kini, para peminat BlackBerry boleh mendapatkan Blackberry Bold 9700 ataupun yang mana dikenali sebagai Blackberry Bold 2 yang mana dibawa masuk ke negara kita oleh Celcom. Melalui sebuah acara khas yang bakal diadakan esok (15 Januari), Celcom bakal mula menjual Blackberry Bold 9700 pada harga cuma RM988.

Walaubagaimanapun, harga istimewa ini hanya untuk 150 pengguna awal, dan juga dengan komitmen bulanan serendah RM 148. Jualan Blackberry 9700 Bold ini akan dilakukan oleh Celcom diantara pukul 4.30 hingga 7.30 petang di Pavillion Kuala Lumpur. Harga biasa tanpa sebarang kontrak adalah dilingkungan RM2300.

Blackberry Bold 9700 merupakan sebuah telefon bimbit pintar yang didatangkan dengan sokongan 3G, WiFi dan didatangkan dengan skrin HVGA, dan papan kunci QWERTY, serta kamera 3.2 megapixel dengan kebolehan auto-fokus, serta slot memori mikroSD.


TIPS & ULASAN