HSBB Dari TM Seawal Suku Tahun Pertama

HSBB Dari TM Seawal Suku Tahun Pertama

Diterbitkan pada Jan 15, 2010 oleh .

Akhirnya, kini Telekom Malaysia (TM) sudah pun mengumumkan yang mana mereka sudah bersedia untuk melancarkan projek jalur lebar berkelajuan tinggi yang diura-urakan sebelum ini selewat-lewatnya pada suku pertama tahun ini, Namun, harga bagi servis tersebut masih lagi belum diumumkan buat masa ini.

Kini, pembangunan infrastuktur untuk menyokong jalur lebar berkelajuan tinggi sedang dijalankan dengan giat, dimana kerja-kerja pembangunan infrastuktur di Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya, Shah Alam dan Bangsar telah pun selesai sepenuhnya, dan kini telah pun melewati lingkaran Lembah Klang, dimana kini ianya sedang dibangunkan di Putrajaya dan juga rantau Iskandar Malaysia, dan beberapa kawasan industri penting di Malaysia.

Pada penghujung tahun lepas sahaja, TM telah selesai memasang infrastuktur untuk menampung lebih 152,000 premis, selain menguji HSBB pada sebanyak lebih 122 buah rumah di sekitar Lembah Kelang. Menjelang penghujung tahun 2012 kelak, TM menjangkakan yang mana servis HSBB mereka akan dapat digunakan oleh kira-kira 1.3 juta premis di seluruh negara.

Pada masa yang sama, kini TM menjangkakan yang mana dalam tempoh kurang tiga bulan lagi, 2,000 hingga 2,500 lagi isi rumah dalam kawasan Bangsar, Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya dan Shah Alam akan terlibat dalam percubaan perkhidmatan komersil HSBB.


TIPS & ULASAN