Cari @ Amanz

Selain daripada telefon pintar Blackberry Bold 9700 yang dijual pada harga promosi pada hari ini, Celcom juga turut memperkenalkan Blackberry Storm2 9590 yang serba baru hari ini, selain pada masa mensasarkan untuk menjual lebih 70,000 unit telefon pintar Blackberry pada tahun ini.

Buat masa ini, Celcom memegang lebih kurang 52% pasaran Blackberry di Malaysia, dan dikatakan sebagai penjual terbesar BlackBerry di rantau Asia Tenggara buat masa ini. Para pengguna yang ingin mendapatkan Blackberry pada harga istimewa dengan pakej yang amat berpatuttan boleh singgah di mana-mana kedai Blue Cube diseluruh negara.

Celcom juga dijangka bakal mula menjual Blackberry Storm2 9520 seawal bulan hadapan, yang mana membawakan pelbagai fungsi baru, terutama sekali fungsi “Next Generation Sure Press Technology” dan fungsi WiFi dan 3G terbina, yang membolehkan para pengguna mengakses internet dimana jua mereka berada.

Pada masa yang sama, turut kedengaran ura-ura yang mana berkemungkinan besar, Maxis bakal memperkenalkan Blackberry Bold 9700 pada penghujung bulan ini. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd