Microsoft Turut Menyertai Industri Peringkas URL

Microsoft Turut Menyertai Industri Peringkas URL

Diterbitkan pada Jan 18, 2010 oleh .

Selepas semua nama-nama besar menyertai dunia peringkas URL, seperti WordPress dengan WP.Me, Google dengan goo.gl, YouTube dengan YouTu.be, Facebook dengan FB.Me, kini, Microsoft turut menyertai industri tersebut dengan memperkenalkan URL ringkas mereka tersendiri iaitu Binged.It.

Microsoft telah pun mulakan penjenamaan semula Windows Live dengan Bing, dan telah pun memperkenalkan penjenamaan semula Bing sejak pertengahan tahun lalu. Dan kini, produk-produk baru dari Microsoft yang berkaitan dengan internet turut menggunakan penjenamaan sama. Buat masa ini, khidmat peringkas URL ini masih lagi belum dibuka kepada umum buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.

Namun, sesuatu yang menjadi isu adalah kerana URL Binged.It dilihat lebih panjang daripada URL Bing.com itu sendiri, dan menimbulkan tanda tanya para peminat peringkas URL.


TIPS & ULASAN