Carian
Windows 7 SP1 Dijangka Seawal Bulan September
January 19, 2010 Aman

Selepas pelepasan Windows 7 pada bulan Oktober yang lalu, Microsoft sudah pun memulakan pembangunan bagi Windows 8 dan juga pada masa yang sama, membangunkan kemaskini untuk sistem operasi Windows 7, iaitu Service Pack 1 atau lebih dikenali sebagai SP1.


Windows 7 SP1

Pembangunan Windows 7 SP1 sudah pun giat dilakukan, dan kini sedang diuji secara dalaman, dan laman MuyWindows kini memperlihatkan beberapa paparan antaramuka Windows 7 SP1 yang dijangka akan dilepaskan pada tahun ini. Melalui Windows 7 SP1, Microsoft dikatakan akan membawakan pelbagai kemaskini kritikal serta kemaskini sekuriti, dan beberapa kemaskini yang berkaitan untuk sistem operasi Windows 7, yang mana berjumlah lebih daripada 150 kemaskini.

Windows 7 SP1 versi beta dijangka akan menemui para pengguna pada bulan Julai 2010 kelak, dan versi penuh Windows 7 SP1 dijangka akan dilepaskan pada suku tahun ke-empat tahun ini, ataupun, seawal bulan September 2010. Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Microsoft berkaitan perkara ini.

Komen