Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, kita menjangkakan yang mana sebanyak 3 versi pelayar web Firefox bakal menemui kita tahun ini, kini perkara tersebut berubah apabila beberapa laporan mengatakan yang mana Firefox 3.7 akan digugurkan, dan terus ke Firefox 4.0.

Sebelum ini, ianya dikatakan yang mana Mozilla bakal melepaskan Firefox 3.6 pada awal tahun 2010, diikuti dengan Firefox 3.7 yang membawakan serba sedikit perubahan, serta Firefox 4.0 yang membawakan pelbagai fungsi baru. Walaubagaimanapun, kini diperkatakan yang mana Firefox 3.7 akan digugurkan dari pembangunan dan Mozilla akan terus menumpukan perhatian pada Firefox 4.0 selepas melepaskan Firefox 3.6 pada penghujung bulan ini kelak.

Mungkin salah satu tujuan Mozilla berbuat demikian adalah untuk menyusun kembali jadual pembangunan perisian mereka, yang mana kelihatan telah sedikit berlainan dan tidak mengikuti masa yang ditetapkan. Mungkin dengan gugurkan satu versi Firefox, mereka akan dapat tumpukan lebih masa kepada pembangunan Firefox 4.0.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd