Google Pack Kini Menyertakan Antivirus Avast

Google Pack Kini Menyertakan Antivirus Avast

Diterbitkan pada Jan 20, 2010 oleh .

Mungkin semua sedia maklum yang mana anda boleh mendapatkan pelbagai aplikasi baru yang berkualiti tinggi melalui Google Pack. Menariknya, kini Google sedang melakukan perubahan secara berperingkat, dengan membawakan aplikasi antivirus Avast pada Google Pack mereka.

Google Pack
Perbezaan Pada Google Pack Umum dan Google Pack Itali

Walaubagaimanapun, aplikasi Avast hanya disertakan pada Google Pack beberapa negara sahaja, seperti di Itali. Untuk masa ini, Google Pack negara lain masih menawarkan Spyware Doctor with Anti-Virus sebagai antivirus dalam Google Pack. Namun, ianya mungkin berubah tidak lama lagi.

Avast juga, kini menyertakan pilihan untuk memasang Google Chrome bersama-sama dengan aplikasi mereka. Mungkin ini merupakan salah satu bentuk kerjasama kedua-dua pihak dalam mengembangkan peratusan pengguna masing-masing, selain salah satu strategi pemasaran mereka. Anda boleh memuat-turun Google Pack secara percuma untuk sistem operasi Windows anda.


TIPS & ULASAN