Setelah sekian lama, akhirnya kini para pengguna Blogspot sudah boleh menggunakan fungsi halaman statik seperti mana terdapat pada WordPress dan sebagainya. Melaluinya, Blogspot membolehkan anda menambah sehingga 10 halaman statik pada setiap blog anda.
Fungsi Menambah Halaman Statik Pada Blogger
Menariknya, Blogspot juga turut didatangkan dengan tema-tema khas untuk halaman statik ini, serta dengan kebolehan untuk menambah widget yang membuatkan halaman statik anda menarik untuk dilihat. Selalunya, halaman statik ini digunakan oleh para penulis blog untuk membuat halaman khas yang menceritakan mengenai mereka, selain memudahkan orang lain dan pembaca menghubungi mereka dengan mudah.