Nokia Memberi Ovi Maps Secara Percuma

Nokia Memberi Ovi Maps Secara Percuma

Diterbitkan pada Jan 21, 2010 oleh .

Hari ini Nokia telah mengumumkan penggunaan Ovi Maps With Navigation secara percuma. Apa maknanya ini? Secara mudahnya, kita tidak memerlukan Garmin lagi kerana Nokia telah memberikan perisian GPS percuma kepada semua pengguna Nokia. Nampaknya, Nokia ingin melipat gandakan penjualan dan mendominasi pasaran dengan perisian percuma ini.

Antara kelebihan Ovi Maps With Navigation dari Nokia:

  • Peta disimpan di dalam memori kad dan tidak memerlukan sambungan internet untuk memuat turun peta secara masa nyata seperti Google Map.
  • Informasi trafik di sepuluh buah negara secara percuma
  • Panduan lorong jalan raya dan juga amaran perangkap had laju
  • Fungsi untuk laluan pejalan kaki, dengan penunjuk jalan pintas yang hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki
  • Percuma panduan melancong “Lonely Planet/Michelin”

Buat masa ini, kepada pengguna Nokia X6, N97 mini (N97 biasa masih belum boleh menggunakan Ovi Maps versi ini), E72, E55, E52, 6730 classic, 6710 Navigator, 5800 Xpressmusic, 5800 Navigation Edition, atau 5230 boleh memuat turun perisian Ovi Maps percuma dari laman Nokia


TIPS & ULASAN