Muat-Turun Firefox 3.6 Sekarang

Muat-Turun Firefox 3.6 Sekarang

Diterbitkan pada Jan 22, 2010 oleh .

Seperti yang dikatakan, Mozilla telah pun melepaskan secara rasminya pelayar web mereka yang terkini, iaitu Firefox 3.6 tepat pada masa yang diperkatakan sebelum ini, yang mana membawakan pelbagai fungsi baru yang menarik dan sekaligus memudahkan dunia pelayaran web para pengguna.

Firefox 3.6 yang sepatutnya dilepaskan pada penghujung tahun 2009 terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, dan kini, versi penuh Firefox 3.6 sedia untuk dicuba dan digunakan oleh semua pengguna seluruh dunia. Beberapa perkara baru pada Firefox 3.6 adalah seperti:

  • Personas – Kini anda boleh mengubah rekabentuk dan antaramuka Firefox anda dengan mudah dengan hanya satu klik, dan tidak memerlukan anda memulakan kembali pelayar web Firefox anda seperti dahulu.
  • Kemaskini Addon Dengan Mudah – Kini, pelayar web Firefox 3.6 didatangkan dengan fungsi baru dimana ianya akan menyemak sebarang kemaskini untuk Addon yang digunakan anda, dan mengemaskininya dengan kebenaran anda dengan mudah dan pantas.
  • Kestabilan Yang Dipertingkatkan – Firefox 3.6 mempertingkatkan kestabilan pelayar web Firefox serta pada masa yang sama mengurangkan ketidak-fungsian pelayar web disebabkan aplikasi pihak ketiga.
  • Sokongan Video dan Audio HTML5 – Kini, Firefox membolehkan anda menonton video pada skrin penuh, selain pada masa yang sama mempertingkatkan prestasi audio dan video melalui HTML5.

Para pengguna boleh memuat-turun Firefox 3.6 untuk sistem operasi Windows, Mac OS X, Linux dalam lebih 70 bahasa berlainan secara terus daripada laman Firefox.com secara percuma.


TIPS & ULASAN