Twitter Menguji Topik Terhangat Mengikut Lokasi

Twitter Menguji Topik Terhangat Mengikut Lokasi

Diterbitkan pada Jan 24, 2010 oleh .

Twitter telah pun membawakan perubahan besar dalam dunia internet, sehingga terdapat pelbagai pihak yang kini telah mula menggunakan Twitter secara serius, dimana setiap topik terhangat mendapat perhatian dan carian yang banyak setiap hari. Terkini, Twitter sedang menguji fungsi topik terhangat terbaru, yang mana memfokuskan kepada topik popular pengguna daripada sesuatu kawasan.


Pilihan Lokasi Pada Topik Terhangat Twitter [via]

Buat masa ini, Twitter mengatakan yang mana mereka sedang menguji fungsi tersebut pada lebih kurang 1 peratus pengguna Twitter, dan akan berkongsi maklumat lanjut berkenaan dengan fungsi ini apabila mereka telah bersedia nanti. Fungsi topik terhangat pada Twitter memang amat berguna sekali, dimana ianya menjadi rujukan kepada topik dan berita terkini yang terhangat dan menjadi bualan ramai pada ketika itu. Tetapi, ianya merangkumi pengguna seluruh dunia, dan sukar untuk memastikan mengenai topik terhangat di sesuatu kawasan itu.

Namun begitu, dengan fungsi terbaru ini kelak, berita tempatan dan topik terhangat di sesuatu kawasan dapat diketahui dengan lebih mudah kelak. Buat masa ini, melalui ujian yang dilakukan oleh Twitter, para pengguna boleh memilih topik terhangat berdasarkan lokasi mereka, yang mana ianya kelak akan diperlihatkan di sidebar Twitter mereka. Lokasi yang ditawarkan buat masa ini masih sedikit, dan ianya kini lebih tertumpu kepada Amerika Syarikat buat masa ini.

Untuk menjayakan fungsi ini, Twitter menggunakan fungsi GeoLokasi yang mana diperkenalkan sebelum ini, tetapi buat masa ini hanya sedikit sahaja orang yang menggunakan fungsi tersebut. Walaubagaimanapun, ianya dikatakan, Twitter juga bukan hanya menggunakan data tersebut, malah bergantung pada alamat IP dan juga lokasi pengguna pada Twitter dalam mempersembahkan data-data tersebut.


TIPS & ULASAN