Carian
Chrome Bakal Di Datangkan Bersama Pemain Media
January 25, 2010 Aman

Jikalau sebelum ini kita kedengaran yang mana Chrome OS akan berdiri sepenuhnya pada perkomputeran awan, menariknya, kini kedengaran yang mana sokongan pemain media ringkas akan didatangkan pada Chrome dan juga sekaligus pada Chrome OS, membolehkan anda memainkan beberapa fail media.

Melalui satu temu-ramah khas bersama ArsTechnica, ianya dikatakan yang mana Chrome OS akan mengintegrasikan sebuah pemain media ringkas yang mana akan membolehkan para pengguna melihat dan memainkan fail-fail media popular seperti JPEG, MP3, PDF dan banyak lagi secara luar talian.

Pemain media itu juga kelak akan menyokong codec popular, membolehkan para pengguna memainkan fail-fail media secara terus daripada cakera USB mereka. Sokongan ini juga sekaligus akan diintegrasikan pada GMail, dimana, sebagai contoh, sekiranya fail MP3 diterima melalui GMail, para pengguna boleh mendengarnya terus melalui pemain media yang diintegrasikan pada Chrome.

Komen