Office 2010 Seawal Bulan Mac 2010?

Office 2010 Seawal Bulan Mac 2010?

Diterbitkan pada Jan 25, 2010 oleh .

Setelah pelbagai penantian, kini, ianya dipercayai yang mana Office 2010 yang dinanti-nanti akan dilepaskan seawal bulan Mac 2010, iaitu lebih kurang dua bulan lagi daripada sekarang. Buat masa ini, Office 2010 masih dalam fasa beta, dan para pengguna boleh memuat-turunnya secara percuma daripada laman rasmi Microsoft.

Pada Nashville Technology Council pada 20 Januari 2010 yang lepas, Steve Balmer telah mengatakan yang mana versi terkini Office akan dilepaskan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, dan kini, ianya dijangkakan oleh para penganalisa yang mana Office 2010 bakal keluar pada bulan Mac 2010 kelak. Namun, masih tiada jawapan rasmi daripada pihak Microsoft buat masa ini.

Sebelum ini, Microsoft dikatakan sedang menjangkakan yang mana Office 2010 bakal dilepaskan selewa-lewatnya pada bulan Jun 2010 kelak, namun masih tiada sebarang tarikh rasmi yang berkaitan dengannya buat masa ini. Buat masa ini, selain Office 2010 Beta yang diberikan secara percuma untuk para pengguna, versi terkininya, Office 2010 Build 14.0.4730.1007 juga sudah mula kelihatan di laman-laman torrent.


TIPS & ULASAN