P1 Bakal Memperkenalkan Netbook WiMax

P1 Bakal Memperkenalkan Netbook WiMax

Diterbitkan pada Jan 25, 2010 oleh .

Semua sudah sedia mengenali penyedia WiMax terkemuka di Malaysia, iaitu Packet One Networks yang mana lebih dikenali sebagai P1 WiMax. Kini, tidak lama lagi penyedia WiMax ini bakal memperkenalkan netbook yang didatangkan dengan cip WiMax yang diintegrasikan.

CEO P1 Wimax, Michael Lai sendiri telah mengatakan yang mana kini terdapat pembangunan baru pada P1 yang mana mereka akan memperluaskan sokongan WiMax mereka, serta memperkenalkan beberapa gajet WiMax baru pada tahun ini, dan salah satunya adalah netbook yang diintegrasikan dengan cip WiMax. Ianya dijangkakan yang mana netbook tersebut akan muncul di pasaran seawal mungkin, yang mana para pengguna boleh menikmati sambungan WiMax melaluinya dan nikmati sambungan internet berkelajuan tinggi pada komputer mereka.

P1 kini sudah pun mula mendapat perhatian di kalangan para pengguna, dan mungkin dengan memperkenalkan netbook pada harga berpatutan dan juga sokongan liputan yang meluas, mereka berkemungkinan besar akan dapat mendapat menarik minat para pelajar dan eksekutif.


TIPS & ULASAN