Google Chrome 4.0 Untuk Windows Di Lepaskan

Google Chrome 4.0 Untuk Windows Di Lepaskan

Diterbitkan pada Jan 26, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan Google Chrome 4.0 Beta sebelum ini untuk saluran pembangun, kini, versi penuh dan stabil Chrome 4.0 sudah pun sedia untuk dimuat-turun dan dikemaskini untuk para pengguna Google Chrome yang mana membawakan sokongan Extension dan juga Bookmark Sync.

Buat masa ini, Google Chrome 4.0 versi stabil yang dilepaskan untuk para pengguna Windows sahaja, dan masih lagi tiada sebarang berita untuk pengguna Linux dan Mac OS X. Sebelum ini, Google telah memperkenalkan Chrome versi 4.0.249.78 untuk saluran pembangun pada 21 Januai yang lepas, dan versi tersebut kini muncul sebagai versi stabil untuk para pengguna Windows.

Melalui Google Chrome 4.0 versi stabil ini, ianya membawakan sokongan Extension, dimana anda dengan mudah boleh menambah fungsi-fungsi baru daripada pihak ketiga dengan mudah sekali sama seperti fungsi Addon pada Firefox. Pada masa yang sama, melalui fungsi Bookmark Sync yang didatangkan bersama Chrome 4.0 ini, para pengguna boleh membolehkan senarai Bookmark anda diakses melalui PC dan Laptop yang berlainan dengan mudah dan tidak lagi perlu membuatnya secara manual seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, Chrome 4.0 juga membawakan beberapa fungsi yang dipertingkatkan seperti enjin V8 yang dipertingkatkan, fungsi sekuriti serba baru, aplikasi pembangun yang diperbaiki dan sebagainya. Pada pengguna boleh memuat-turun Chrome 4.0 secara terus daripada laman Google Chrome atau mengemaskini pelayar mereka secara automatik dengan mudah.


TIPS & ULASAN